- Apakah itu Sarang Burung?
Sarang Burung yang dinyatakan ini adalah salah satu dari jenis burung layang-layang yang membuat sarang dengan menggunakan air liurnya sendiri.
Dihasilkan oleh 2 spesis swiftlet, iaitu:
i) White-nest Swiftlet (Aerodramus fuciphagus)
ii) Black-nest Swiftlet (Aerodramus maximus)
- Perbezaan diantara Sarang Burung berwarna putih, hitam dan juga merah?
Perbezaannya adalah dari segi jenis burung apa yang membuat sarang itu, jika sarang itu putih maka ia dibuat oleh jenis spesis burung walit yang dipanggill “Aerodramus Fuciphaga” dan jenis sarang berwarna hitam pula dibuat oleh jenis burung walit yang dipanggil ” Aerodramus maxima”. Harga bagi sarang yang berwarna hitam adalah lebih murah berbanding sarang yang berwarna putih. Sarang yang berwarna putih adalah lebih berkualiti. Tetapi ada juga sarang yang berwarna merah dan jenis ini adalah pelik sedikit kerana ia boleh dihasilkan oleh kedua-dua jenis burung layang-layang. Warna sarang burung merah ini dipercayai datang dari warna darah burung berkenaan. Tetapi kajian menunjukkan ia berlaku dari tindakbalas kimia di antara air liur burung itu dengan sejenis batu yang terdapat di dalam sesetengah gua.
Terdiri daripada 3 jenis sarang burung:
Sarang Burung Berdarah (Merah);
Sarang Burung Sutera Keemasan (Kuning); dan
Sarang Burung Maharaja Putih (Putih).
- Perbezaan di antara Sarang Burung secara liar (gua) dan secara ternak (rumah burung)
Sarang burung yang datangnya dari rumah penternakan dipercayai lebih berkualiti tinggi berbanding yang datangnya dari gua. Ini adalah kerana sarang burung dari gua kebanyakannya lebih mengandungi bulu burung dan juga kotoran semulajadi. Walaupun jenis ternakan adalah dari proses membuat sarang yang sama tetapi ia dilakukan dalam persekitaran manusia seperti rumah terbiar, bangunan tinggi dan juga terowong. Secara amnya, bentuk sarang yang dihasilkan melalui ternakan adalah lebih licin dan elok berbanding dengan yang datangnya dari gua yang banyak terlekat bulu burung dan juga kotoran.
- Fakta-fakta Industri Sarang Burung
- Secara fizikal, sarang burung boleh dikategori kepada dua jenis, iaitu Sarang Burung Gua dan Sarang Burung Rumah.
- Para pengguna sarang burung berasal dari Hong Kong, China, Taiwan, Singapore, USA, Malaysia & lain-lain masyarakat Cina di dunia sejumlah 1.5 billion.
- Berasaskan Asia Bird’s Nest Conference 2005, Hong Kong sahaja telah mengimport 204,000 kg sarang burung pada tahun 2004, dengan jumlah nilai RM 1,000,000,000.00
- Harga sarang burung mentah berada di antara RM 1,000 - RM 6,000.00 per kilogram. Ianya bergantung kepada qualiti dan permintaan pasaran sarang burung sedunia.
- Nilai Perubatan Tradisional Masyarakat Cina
- Dari segi kepentingan nilai perubatan tradisi Cina, sarang burung berada di tahap kedua selain ginseng.
- Masyarakat Cina percaya, sarang burung adalah pemangkin pertumbuhan sel dan kulit. Penggunaan sarang burung secara jangka panjang akan mencantikkan permukaan kulit. Sarang burung juga memberi manfaat kepada golongan tua dan lemah untuk mengukuhkan daya ketahanan mereka terhadap penyakit. Lee Ngan Woon (1999), Bird Nest Recipes.
- Berdasarkan kitab perubatan Cina yang terpenting, Compendium of Materia Medica, terbukti sarang burung berfungsi untuk kesihatan paru-paru,buah pinggang, perut dan ginjal.
- Kandungan Kimia Sarang Burung
- 9% moisture
- 20% inorganic ash
- 32.3% protein (Glycoprotein & 17 types amino acids)
- 38.7% carbohydrate (sialic acid, hexosamines, hexoses, deoxyexose).
- Kebaikan Sarang Burung
Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung Walet merupakan agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga dikatakan merupakan agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada berbagai macam eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai:
- Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung Walit dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.
- Sarang burung walit dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga merupakan nutrisi bagi paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.
- Pengambilan sarang burung wallet semasa kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan.
- Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.
- Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang, serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.
- Untuk kanak-kanak, sarang burung walit dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan, dan memperkuatkan paru-paru.
- Merupakan makanan yang amat baik kepada para perokok, serta dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin untuk mencegah serangan barah (cancer).
- Apakah yang anda tahu mengenai Sarang Burung?
- Sarang Burung mengandungi 60% protein (protein larut air & protein aktif).
- Ia terdiri daripada 18 jenis asid amino penting, vitamin, serat, karbohidrat, kalsium, zat besi, kalium,
- fosforus & magnesium.
- Bahan yang paling penting ialah faktor perangsang mitogen-MSF & faktor pertumbuhan epidermis-EGF yang dikenali sebagai “Gen Kecantikan”.
- Memperbaiki sistem imunisasi badan
- Menyerikan wajah dan melicinkan kulit, mengandungi ejen anti penuaan.
- Keistimewaan
- Wanita hamil - mengambilnya sebelum bersalin dapat membantu bayi menjadi lebih kuat, kulit yang cantik & berseri, daya tahan penyakit yang kuat (tidak mudah jatuh sakit) serta menggalakkan perkembangan otak
- Wanita bersalin - mempercepatkan pemulihan bentuk badan serta memperbaiki tisu-tisu yang rosak
- Wanita - merangsang pertumbuhan & pembahagian sel-sel, pembinaan tisu-tisu, mengawal sistem endokrin, kulit menjadi lebih cantik, licin & anjal semula, mengurangkan kedut, membantu kesihatan rambut, sendi & tulang
- Kanak-kanak - menguatkan badan, menggalakkan pertumbuhan & perkembangan otak, menambahkan selera makan, meningkatkan daya penyerapan serta tidak mudah selsema
- Remaja - meningkatkan metabolisme, menguatkan badan & lebih melicinkan kulit
- Orang tua - anti penuaan, menguatkan sendi & tulang, fungsi paru-paru, menghilangkan kahak & melegakan batuk, mengekalkan kesihatan & cergas.
- Stress & kesibukan - menambah tenaga, mengurangkan keletihan dan melegakan tekanan
- Daya tahan badan yang lemah & asthma - menguatkan sistem pengimunan dan melancarkan sistem pernafasan
- Tidak cukup tidur serta panas dalam badan - mengurangkan keradangan usus dan melegakan paru-paru
- Khasiatnya
- Melancarkan sistem aliran darah yang betul
- Melegakan pernafasan
- Membetulkan system urat saraf
- Memperbaiki sistem buah pinggang
- Memutih, melicinkan muka (untuk lelaki dan wanita terutama sekali wanita mengandung untuk bayi)
- Menghilangkan kedut kedut muka (untuk wanita dan lelaki)
- Menyegarkan mata
- Asma (lelah)
- Membuang air dalam paru paru (sekiranya anda mengalami sakit paru-paru berair)
- Agen memperbaiki hepatitis B
- Meninggikan IQ (orang dewasa dan kanak-kanak)
- Batuk batuk kronik
- Awet muda (lelaki dan wanita)
- Untuk tenaga batin
- Keistimewaan RHM Bird Nest Drink
- 100% sarang burung tulen.
- Proses pembasmian kuman dalam vakum bertekanan tinggi, tidak perlu didinginbekukan selepas dibuka;
- Dipilih daripada Sarang Burung yang asli & berkualiti tinggi;
- Tidak mengandungi pengawet, pewarna dan perasa tiruan; serta dijamin HALAL oleh JAKIM